Demo Blog

teman-teman

Eratnya Kasih Sayang

by L on Nov.22, 2009, under

          Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;( Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas.. 2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang.. Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu.


           Sebelum aku menikah…suratnya macam ni.. “Khas buat abangku, Abg, ko ingat lagi x.. Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap “ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “ Ko ingat x.. Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang.. 


           Abg, ko ingat x.. Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku. Abg, ko ingat x.. Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok.. Abg, ko ingat x.. Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..


          Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg?? Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku.. Abg, Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku.. Salam sayang, Adik.” Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat.. Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..


          Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat.. Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka… “Assalamualaikum.. Kehadapan adikku yang jauh di mata .. Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan.. Adikku sayang.. Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya.. 


          Adikku sayang.. Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti.. Adikku sayang.. Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini.. Adikku sayang, siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..


           Adikku sayang, aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku.. Adikku sayang, Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..


           Adikku sayang.. Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..


           Sayangku.. Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini.. Adikku sayang.. Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan.. Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. 


           Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.


           Adikku sayang.. sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya.. Salam sayang sedalam-dalamnya, Abang.” Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu.. Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku... -------------------------------------------------------------------------------




                      _kasih sayang seorang abang terhadap adiknya_

0 comments more...

Mana Mak ???

by L on Nov.22, 2009, under

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

0 comments more...

Dimanakah Kepedulianmu ?

by L on Nov.22, 2009, under


Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".

Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"

Bush menjawab"Kami sedang merancang perang dunia ke-3."

Jawab lelaki"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"

Bush menjawab"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut"Penjual Basikal?"

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?" 



Kecaknaan kita pada umat islam pada hari ini semakin berkurangan. Hasrat Kafir yang ingin melihat perpecahan dalam Islam semakin menjadi realiti. Tapi sekiranya kita berusaha mengeratkan ukhuwah fillah dan meyakini kekuasaan Allah, nescaya perkara sebegini sukar mencapai matlamatnya. Ingatlah, kesatuan umat Islam mampu meruntuhkan tembok perkauman yang dibina oleh kafir..


...::bersatu teguh, bercerai roboh::...
0 comments more...

Eid Mubarak

by L on Nov.22, 2009, under





SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Dikesempatan ini penulis ingin memohon beribu kemaafan kepada semua yang mengenali atau tidak diri penulis ini. Ampunilah segala kesalahan yang pernah hamba Allah yang dhoif ini telah lakukan. Sesungguhnya ana hanyalah insan yang biasa.

                                                              ...::salam aidilfitri, ampun zahir batin::...

0 comments more...

jangan malas

by L on Nov.22, 2009, under


Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...




UPSR   !!!

PMR    !!!

SPM    !!!

STAM !!!



Kalian ingat senang ker nak genggam segulung ijazah??? Jika ada diantara kalian yang berfikiran demikian, entah apalah yang akan terjadi terhadap nasib diri kelak. Sebelum bergelar seorang graduan, Imtihan demi imtihan terpaksa ditempuhi demi menggenggam segulung ijazah. samalah seperti ingin menjadi seorang muslim sejati. Pelbagai uji daripada Allah terpaksa kita tempuhi. Namun, harus diingat, mestilah kita menjadi seorang yang tabah dalam menjalani setiap uji tersebut.



Firman Allah Taala :


ÙŠَÙ€ٰٓØ£َÙŠُّÙ‡َا ٱلَّذِينَ Ø¡َامَÙ†ُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ ÙˆَٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©ِ‌ۚ Ø¥ِÙ†َّ ٱللَّÙ‡َ Ù…َعَ ٱلصَّÙ€ٰبِرِينَ



Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

                                                                          (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 153) 


Ku ukir sedikit coretan ini bertujuan untuk menyedarkan diriku dan juga diri saudara/i di luar sana bahawa untuk berjaya bukannya suatu yang mudah. Sikap yang sangat perlu dihindari adalah sikap MALAS. Inilah sikap yang sering menjadi batu penghalang bagi kejayaan seseorang individu. 



Ingatlah pesanan serta amanat yang telah sedia terpikul dibahu kita bahawa sebagai seorang anak @ pelajar , telah menjadi kewajipan bagi kita untuk belajar bersungguh-sungguh. Namun, kebanyakan pelajar hari ini belajar hanya apabila disuruh oleh ibubapa mereka atau guru-guru. Hal ini diibaratkan 'pahat dengan penukul'. Sekali diketuk, sekali menjadi.


Persoalannya 


 adakah fenomena ini harus dibiarkan ??


adakah sikap MALAS tidak perlu dielak untuk menjadi pelajar yang cemerlang ??


adakah cukup dengan angan-angan segala impian akan menjadi kenyataan ??


ATAU


BERUSAHA DENGAN GIGIH BAGI MENCAPAI SESUATU KEJAYAAN DALAM EXAM !!


::: Jawapnya adalah :::




Usaha + Doa + Tawakkal + Ikhtiar = insyaallah jawabnya KEJAYAAN


...: : bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah : :...
0 comments more...

secebis renungan

by L on Nov.22, 2009, under

Assalamualaikum

Bahan Renungan Untuk Diriku, Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.
  
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
 
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. 


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad
 ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
·
     Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu 
·
     Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu 
·
     Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu 
·
     Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.' 

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan
....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
·
    Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah 
·
    Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara 
·
    Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa 
·
    Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara' 

Ketika Mayat Siap Dikafan
 ....Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan 
·
    Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha Allah
·
    Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah 
·
    Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal 
·
    Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya 
·
    Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.' 

Ketika MayatDiusung.
 ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
·
     Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan 
·
     Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat 
·
     Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.' 

Ketika Mayat Siap Disholatkan
 ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. 
·
    Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat 
·
    Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik 
·
    Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.' 

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat
.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan... 
·
     Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gelita Di Sini
  
Wahai Fulan Anak Si Fulan.... 

·
     Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis 
·
     Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka 
·
     Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Sepi Seribu Bahasa.' 

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
... Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... . 
·
     Kini Kau Tinggal Seorang Diri 
·
     Tiada Teman Dan Tiada Kerabat 
·
     Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. 
·
     Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri 
·
     Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku 
·
     Hari Ini,.... 
·
     Akan Kutunjukan Kepadamu 
·
     Kasih Sayang-Ku 
·
    Yang Akan Takjub Seisi Alam 
·
    Aku Akan Menyayangimu 
·
    Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'. 

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman
 ,'Wahai Jiwa Yang Tenang 
·
     Kembalilah Kepada Tuhanmu 
·
     Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya 
·
     Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku 
·
     Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku' 



_hanya ISLAM sahajalah yang mampu membahagiakan hidup kita__

...::dunia itu sementara, akhirat kekal abadi::...
0 comments more...

hari terbuka iQ

by L on Nov.22, 2009, under

Assalamualaikum

Al-kalam huwa Al-lafzu. Bicara diibaratkan seuntai kata untuk dirasai. Alunan kata serta susunannya mampu meresap kedalam setiap sanubari yang mendengarnya. Tidak kira pembaca atau pendengar atau kedua-duanya sekali. Itulah kalam suci Allah S.W.T. :

                          _AL-QURAN NUR KARIM_

Hari ini tinta ingin mengQisahkan tentang :


           Sejarah Institut al-Quran Terengganu bermula dari penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran pada 15 April 1984 di Masjid Abidin dengan bilangan pelajar seramai 15 orang di bawah bimbingan 5 orang tenaga pengajar. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sheikh Ismail bin Mohamad al-Hafiz merupakan pengasas dan pengetua yang pertama Maahad Tahfiz al-Quran (1984–1993) dengan dibantu oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahsin bin Wijaya, Yang Berbahagia Ustaz Auza bin Omar dan Yang Berbahagia Ustaz Ibrahim bin Tambu. Pada awal 1986, Maahad Tahfiz al-Quran telah berpindah ke sebuah bangunan di Kg. Pengadang Baru, Kuala Terengganu dengan pertambahan bilangan pelajar dari seramai 15 orang kepada 30 orang. Pada 14 Julai 1993, pembinaan kompleks bangunan Maahad Tahfiz al-Quran di Padang Midin dijalankan.

Itulah serba sedikit pendahuluan mengenai iQ. Tapi apa yang tinta ingin PROMOTE adalah : 


HARI TERBUKA iQ TERENGGANU
                       HARI        :  JUMAAT &SABTU
                          MASA         : 8.30 PG                  
             AKTIVITI         : PELBAGAI JENIS
               TEMPAT          : IQ TERENGGANU


_diharap orang ramai dapat hadir bagi memeriahkan lagi sambutan hari terbuka ini_


...::al-Quran menjamin kesejahteraan dunia & akhirat::...

0 comments more...

_bicara tinta_

by L on Nov.22, 2009, under



 Assalamualaikum.w.b.t.




Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


Salam permulaan tinta ku ucapkan buat pengunjung blog ini,


          Pertama dan selama-lamanya, kuhulurkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana masih lagi dikurniakan dua nikmat yang terbesar iaitu NIKMAT IMAN & NIKMAT ISLAM. Tanpa dua nikmat tersebut entah apalah darjat kita di sisi-NYA. Disamping itu, tidak lupa juga kepada dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu NIKMAT KESIHATAN & NIKMAT MASA LAPANG. 


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

                                                                                                       _Surah Ibrahim, ayat 7_


          Berdasarkan firman tersebut, jelaslah bahawa dengan bersyukur Allah pasti akan menambahkan nikmat-NYA  terhadap kita. Namun jika kita kufur akan nikmat-NYA, maka balasan yang sebaliknya akan diterima. Oleh itu beruntunglah insan-insan yang mensyukuri akan segala nikmat kurniaan-NYA.


          Dengan itu, diharap blog ini dapat menjadi penolong kita bersama dalam menuju keredhaan-NYA. Ingatlah, siapa yang mengingati Allah, pasti Allah akan mengingatinya.







Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.


                                                                                              _Surah Al-Baqarah, ayat 152_

          Bersama kita berganding bahu bagi mewujudkan kembali daulah islamiah yang telah lama menghilang. Bersama kita bangkitkan kembali zaman kegemilangan Islam seperti suatu ketika dahulu. Masihkah kau ingat ?? pada zaman kegemilangan Islam dahulu, hampir 2/3 dunia dipayungi oleh panji-panji Islam....


Sekian.....


                            ...::adakah kau lupa???::...
0 comments more...

syukur

by L on Nov.22, 2009, under








Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin...


Mari kita zahirkan cinta buat Sang pencipta, sebagaimana kita zahirkan rasa cinta kita sesama manusia, bahkan perlu kepada lebih daripada itu.
seorang lelaki terhadap perempuan, begitu juga seorang perempuan terhadap lelaki menzahirkan rasa cinta dengan saling memberi. Dengan yang lelaki memberi jambangan ros, coklat, rantai dan lain-lain, begitu juga wanita memberi setianya.




Itu rasa cinta antara manusia dengan manusia, jadi Allah lebih layak untuk menerima cinta daripada seorang hamba kepada tuannya. Hentikan hipokrik terhadap Sang pencipta.




Adakah anda merasa cukup dengan menunaikan solat wajib 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan ramadhan, dan hanya mengerjakan perkara-perkara wajib sahaja??




sudah tentu TIDAK !!


kalau para rasul, sahabat, alim ulama tidak henti2 beribadat kerna terasa amat malu terhadap Allah, dik bayaknya nikmat Allah terhadap mereka. Apatah lagi kita yang berstatus Sang fakir.


Jom kita tambahkan amal dengan melakukan syukur, zahirkan rasa syukur kita kepada Allah akan sekalian nikmat yang tidak terhingga banyaknya. tak terhitung dik jari, tak tertera pada bilangan.



________________________________________
Sujud Syukur


Bila menerima sesuatu yang baik, menggembirakan dan lebih baik andai dijadikan amalan harian (kerna tiap2 saat kita menerima drpd Allah),
kita di sunatkan sujud syukur. Taklah susah sangat nak
buat sujud syukur ni.. tak sampai lima minit.



Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:-
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam


Dan syarat2nya sama seperti hendak sembahyang fardhu,
iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan
sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud
syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas
bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?


Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu
sujud :


Maksudnya:
³Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang
Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka
pendengarannya serta penglihatannya dengan
daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha
tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta²







Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan
sujud syukur, masih boleh. Baca sahaja yang anda
selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan
kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita
tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian
sendiri.

_______________________________


Allah tidak pernah berharap apa-apa daripada hambanya tetapi sedarlah sang hamba lebih mendambakan kasih dan sayang daripad Tuhan yang Esa.


Satu analogi mudah menggambarkan nikmat Allah, adalah layak bagi seorang raja memberi kekayaan dan harta kepada mana2 rakyatnya, tapi adakah dia akan mengurniakan pemberian itu kepada sebarangan orang??
sudah tentu tidak, baginda sultan pasti akan memberi kurnianya hanya kepada mereka yang layak seperti banyaknya hidmat mahupan banyaknya mengampu. Walaupun begitu dalam masa yang sama baginda berhak untuk memberi kepada sesiapa sahaja yang baginda mahukan ( dan perkara ini jarang-jarang berlaku, adakah ini yang anda rebutkan?? )


Masuknya hamba ke syurga bukan atas dasar banyaknya amal, akan tetapi kerna rahmatnya yang tak terhingga banyaknya.
Jom zahirkan cinta kita....!!!
Wa Allahu a'lam

...:: rebutlah segenap peluang yang ada ::...
0 comments more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!